KEMAHIRAN INSANIAH, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN PERSEMBAHAN TUGASAN TUTORIAL PELAJAR DALAM KURIKULUM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN GURU SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIAN
Berikut adalah satu kertas konsep yang ingin membincangkan bagaimana penerapan kemahiran insaniah boleh dicadangkan sebagai alat ukur berkesan dalam penilaian dan pentaksiran khususnya kepada tugasan pembentangan pelajar (tutorial) yang mengikuti program ijazah sarjana muda perguruan sekolah rendah dengan kepujian. Sebagai seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh, pensyarah ada melaksanakan penilaian markah untuk pelajar-pelajar semasa mereka membuat persembahan tutorial secara kumpulan. Namun tiada keselarasan pemberatan gred markah antara satu subjek dengan subjek yang lain, sehingga kita terlepas aspek- aspek yang patut diukur dalam membina kemahiran pelajar seperti komunikasi atau etika semasa melakukan pembentangan yang melibatkan sesi soal jawab. Kita mempunyai satu standard permarkahan dalam pengredan kerja kursus pelajar, misalnya kategori isi kandungan, pemerolehan ilmu dan sahsiah pelajar. Tetapi dalam menilai persembahan pelajar untuk pembentangan tajuk-tajuk yang ditugaskan untuk pelajar mempersembahkannya pengredan tiada keselarasan, malah mengikut kesesuaian pada pandangan individu pensyarah itu sendiri.
Baca seterusnya...atau sila rujuk En.Zul untuk mendapatkan gambaran lanjut..
terima kasih..
terima kasih..
No comments:
Post a Comment